APA ITU SIMPAN SSPN?

SSPN adalah singkatan daripada Skim Simpanan Pendidikan Nasional.

SSPN merupakan satu skim simpanan oleh PTPTN. Direka khas bagi tujuan penabungan pendidikan tinggi.

SSPN telah dilancarkan secara rasmi pada 6 Ogos 2004. Mulai 3 September 2021, SSPN dijenamakan sebagai SIMPAN.

Simpan SSPN ada 2 produk simpanan iaitu :-

  • Simpan SSPN Prime (dahulunya dikenali sebagai SSPN-i)
  • Simpan SSPN Plus (dahulunya dikenali sebagai SSPN-i Plus)

SYARAT PEMBUKAAN AKAUN SIMPAN SSPN


Pendeposit :-

1. Merupakan warganegara Malaysia;

2. Berumur 18 tahun ke atas;

3. Pendeposit boleh juga membuka akaun untuk dirinya sendiri

 


Penerima manfaat :-

1. Warganegara Malaysia

2. Berumur 1 hari sehingga sebelum mencapai 29 tahun.

3. Terdiri daripada diri sendiri / anak kandung / anak jagaan yang sah sahaja.

Untuk mengetahui syarat pembukaan bagi SSPN Prime dan SSPN Plus, kalian boleh lihat jadual berikutnya.

*Nota :

Had Umur Maksimum Pembukaan SSPN Plus Mengikut Syarikat Pengendali Takaful
Syarikat Pengendali Takaful Had Umur Maksimum
HLMT
TIFB
Sehingga sebelum 65 tahun
GETB Sehingga sebelum 69 tahun

keistimewaan SIMPAN sspn

Setiap produk atau servis ada keistimewaan tersendiri. Begitu juga dengan Simpan SSPN.

Ada keistimewaan yang terdapat dalam SSPN Prime dan SSPN Plus. Contohnya seperti berikut :-

1. Layak memohon pinjaman PTPTN;
2. Simpanan dijamin Kerajaan;
3. Simpanan dijamin patuh syariah dan
4. Dividen yang kompetitif.

Suka dimakluman, senarai keistimewaan dalam gambar dibawah adalah secara umum.

Topik ini perlu dibaca bersekali topik berikutnya. Iaitu topik perbezaan SSPN Prime dengan SSPN Plus.

 

PERBEZAAN SSPN PRIME DENGAN SSPN PLUS?

Apabila pelanggan mula faham ada 2 jenis SSPN (SSPN Prime dan SSPN Plus), soalan yang famous kami terima adalah ;

 

“Apakah perbezaan SSPN Prime dengan SSPN PLUS?”

Nak tahu? Jom, kami kongsikan secara ringkas perbezaannya. 

Ada 5 perbezaan di antara SSPN Prime dengan SSPN PLUS iaitu :-

 

  1. Komitmen bulanan;
  2. Pelepasan Taksiran Cukai Pendapatan;
  3. Sumbangan Takaful;
  4. Manfaat Takaful;
  5. Geran Sepadan dan
  6. Pengeluaran Atau Penutupan SSPN

Maklumat lanjut bagi SSPN Prime, klik sini.

Maklumat lanjut bagi SSPN Plus, klik sini.

SSPN i Plus PTPTN Logo 2

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.

Whatapps : klik sini
Faks: 03 – 2193 1263
e-Aduan: iCare

Pautan Pantas

Media Sosial

Facebook

SSPNi Plus2u