Diskaun Bayaran Balik PTPTN Kembali Lagi!

Melalui pembentangan Bajet 2024, Kerajaan mengumumkan insentif yang dinanti-nantikan.

Iaitu diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN. Ada 3 jenis diskaun PTPTN yang ditawarkan iaitu :-

DISKAUN 10%

Pengiraan diskaun 10% berasaskan keseluruhan baki hutang pinjaman.

DISKAUN 10%

Diskaun 10 peratus untuk penyelesaian sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keseluruhan baki hutang.

DISKAUN 15%

Diskaun 15 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau Debit Terus (Direct Debit) mengikut jadual bayaran balik.

Rujuk info tambahan

Diskaun ini terbuka kepada semua peminjam PTPTN (termasuk yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan).

Tempoh insentif ini selama 6 bulan sahaja. Bermula 14 Oktober 2023 hingga 31 Mac 2024.

Apa lagi, jom kita rebut diskaun ini segera!

Tempoh Diskaun Bayaran Balik PTPTN : 14 Oktober 2023 hingga 31 Mac 2024

Info tambahan bagi diskaun 15% Potongan Gaji atau Direct Debit

Syarat diskaun PTPTN : Bayaran mestilah diterima dalam tempoh promosi. Suka diingatkan, tempoh promosi diskaun PTPTN 2023 bermula 14 Oktober 2023 hingga 31 Mac 2024 sahaja.

1. Bagi peminjam yang sedia ada potong gaji/direct debit sebelum promosi diskaun PTPTN 2023 adalah AUTO layak terima diskaun. Diskaun tak perlu mohon. Semak penyata pinjaman masing-masing.

2. Peminjam digalakkan buat potongan Direct Debit. Diskaun boleh dinikmati pada bulan yang sama permohonan dibuat.

(Nota : Proses potong gaji biasanya ambil masa 1-2 bulan. Data potongan Direct Debit biasa dihantar ke bank pada 1hb atau 10hb atau 27hb.)

3. Kiraan diskaun berdasarkan amaun bayaran balik. BUKAN atas baki semasa. Skrol ke bawah untuk rujuk contoh pengiraan.

Pengiraan Diskaun Bayaran Balik PTPTN

Mesti ada yang nak tahu, bagaimana pengiraan bagi setiap diskaun bayaran balik PTPTN kan?

Jom, kami tunjukkan ilustrasi pengiraannya.

Pengiraan Diskaun Bagi Penyelesaian Penuh PTPTN

Diskaun 20% Bagi Bayaran Penuh PTPTN

Pengiraan Diskaun Bagi Bayaran Separuh Baki PTPTN

Diskaun 15% Bagi Bayaran Minimum Separuh Baki Pinjaman

Pengiraan Diskaun Bagi Potongan Gaji/Direct Debit PTPTN

Diskaun 15% Bagi Bayaran Melalui Potongan Gaji Dan/Atau Direct Debit

Jadi, bagaimana caranya saya ingin dapatkan diskaun PTPTN ini?

Begini caranya. Ikuti 3 langkah mudah seperti di bawah :-

i. Klik button whatsapp di bawah untuk hubungi pegawai rasmi PTPTN. Rundingan akan direkodkan. Pegawai akan jana penyata pengesahan baki pinjaman.

ii. Pelanggan akan terima softcopy penyata pengesahan baki pinjaman daripada pegawai PTPTN.

iii. Pelanggan diminta buat bayaran mengikut amaun dalam penyata pengesahan baki.

Penyata ini juga sah sehingga tarikh yang dimaklumkan sahaja.

Jadi, bayaran perlu dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

Selesai bayaran dibuat, pelanggan perlu whatsapp resit bayaran kepada pegawai.

Kemudian, pelanggan akan terima 1 surat pengesahan bayaran penuh.

Pegawai kami akan bantu uruskan sehingga selesai.

Senang kan?

Bayaran Melalui Aplikasi myPTPTN

Muat turun aplikasi myPTPTN. Bayaran juga boleh dilakukan melalui aplikasi myPTPTN.

Muat turun di sini bagi peranti berbeza.

Pastikan kunci masuk 9 digit kod ini. Kod  000009867 pada ruangan kod eksekutif PTPTN. Kod ini diperlukan pada setiap transaksi bagi pengguna aplikasi myPTPTN.

Sebarang masalah dapat disemak dan diperbetulkan dengan kadar segera oleh pegawai PTPTN.

Ulasan Pelanggan Yang Berpuas Hati Dengan Tim Kami

Ulasan Pelanggan #1

Ulasan Pelanggan #2

Ulasan Pelanggan #3

Tengah layari laman ini, guna desktop / laptop ?

Kalian diminta untuk aktifkan web whatsapp di sini. Hanya perlu scan QR dahulu melalui fungsi ‘Linked devices’.

Kemudian baru mulakan w.app dengan pegawai kami. Terima kasih.

SOALAN LAZIM

Diskaun 10% Bayaran Penuh PTPTN

1. Siapakah yang layak mendapat diskaun 10% ini?

Semua peminjam PTPTN (termasuk yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan) layak diskaun 10% ini.

Peminjam perlu membuat penyelesaian keseluruhan baki hutang pinjaman mulai 14 Oktober 2023 hingga 31 Mac 2024.

2. Bagaimanakah cara untuk peminjam mendapatkan baki keseluruhan hutang pinjaman?

Pengesahan baki pinjaman boleh diperolehi dengan klik button whatsapp pegawai PTPTN pada laman ini.

3. Bagaimanakah pengiraan diskaun 10%?

Pengiraan diskaun 10% berasaskan keseluruhan baki hutang pinjaman.

4. Bilakah diskaun 10% akan diberikan?

Diskaun 10% akan diberikan pada setiap hujung bulan.

Peminjam boleh menyemak penyata pinjaman masing-masing mulai 7 hari bulan pada bulan berikutnya selepas pelarasan diskaun 10% dikemaskini.

5. Bilakah Surat Penyelesaian Hutang (SPH) dikeluarkan dan bagaimanakah cara mendapatkannya?

Surat Penyelesaian Hutang (SPH) akan diemelkan selewat-lewatnya 14 hari (bekerja) pelarasan diskaun 20% dilakukan.

6. Adakah peminjam layak menikmati insentif ini sekiranya membuat penyelesaian melalui gabungan pelbagai saluran seperti KWSP, bank dan dalam talian?

Layak. Sekiranya bayaran penyelesaian hutang pinjaman diterima oleh PTPTN dalam bulan yang sama. Peminjam dinasihatkan untuk membuat bayaran selewat-lewatnya 27 hari bulan setiap bulan.

7. Adakah bayaran yang dibuat melalui KWSP akan diberikan pemulangan sekiranya terdapat lebihan selepas diskaun diberikan?

Ya. Pemulangan lebihan akan dibuat ke Akaun 2 KWSP peminjam.

8. Adakah diskaun 10% diberikan sekiranya bayaran balik dibuat oleh pihak IPT/ penaja?

Diskaun TIDAK diberikan sekiranya bayaran balik dibuat oleh pihak IPT/ penaja/ Agensi.

9. Adakah peminjam layak mendapat diskaun 10% sekiranya berhasrat membuat penyelesaian hutang pada bulan terakhir promosi iaitu bulan Mac 2024?

Layak. Dengan syarat bayaran diterima pada atau sebelum 31 Mac 2024.

10. Adakah peminjam yang HANYA mempunyai hutang Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) juga layak mendapat diskaun 10%?

Layak. Pemberian diskaun 10% juga diberikan ke atas hutang WPP.

11. Adakah peminjam layak mendapat diskaun 10% sekiranya mempunyai lebih daripada satu pinjaman seperti pinjaman Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dan hanya ingin membuat penyelesaian hutang salah satu daripada peringkat pengajian tersebut sahaja?

Tidak layak, diskaun 10% hanya diberikan kepada peminjam yang menyelesaikan keseluruhan baki hutang pinjaman beliau iaitu pinjaman Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana.

12. Peminjam telah tamat pinjaman peringkat Diploma dan masih meneruskan pinjaman untuk pengajian di peringkat Ijazah. Adakah peminjam layak menikmati diskaun 10% sekiranya menyelesaikan keseluruhan hutang bagi peringkat Diploma sahaja?

Tidak layak.

Diskaun 10% hanya diberikan kepada peminjam yang menyelesaikan keseluruhan baki hutang pinjaman sahaja. Pertimbangan boleh diberikan sekiranya pinjaman yang masih aktif ditamatkan dan penyelesaian penuh dibuat atas keseluruhan hutang pinjaman.

Permohonan pinjaman baharu bagi peringkat yang sama adalah tidak dibenarkan.

13. Bilakah rekod CCRIS akan dikemaskini selepas peminjam membuat penyelesaian hutang?

Rekod CCRIS akan dikemaskini pada 16 hb bulan berikutnya. 

14. Adakah peminjam yang baharu tamat pinjaman dan masih belum mempunyai Jadual Bayaran Balik (JBB) layak mendapat diskaun 10%?

Layak, tertakluk kepada bayaran balik yang diterima dalam tempoh 14 Oktober 2023 hingga 31 Mac 2024.

 

SSPN i Plus PTPTN Logo 2

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.

Whatapps : klik sini
Faks: 03 – 2193 1263
e-Aduan: iCare

Pautan Pantas

Media Sosial

Facebook

SSPNi Plus2u