SIMPAN SSPN PLUS HLMT

Eh! Betul ker ada pelan simpanan dan takaful murah ni? Macam tak percaya aja.

Betul. Kami setuju.

 

Itulah soalan yang kerap kami terima.

 

Memandangkan kalian dah sampai laman ini, kami tak nak buang masa kalian.

 

Kami dari tim SIMPAN SSPN. Nak bantu kalian faham dan daftar pelan simpanan dan takaful ini.

 

Jadi, apa itu SSPN Plus – HLMT?

SSPN Plus adalah pelan simpanan dan takaful dengan komitmen bulanan.

Ada 6 pakej. Setiap pakej dinyatakan dengan JELAS amaun simpanan dan sumbangan takaful.

 

Hong Leong MSIG Takaful (HLMT) pula adalah syarikat pengendali takaful.

Tadi ada sebut simpanan kan. Simpanan ini boleh dikeluarkan?

Ya boleh.

Pengeluaran boleh dibuat selepas 3 tahun dari tarikh buka akaun. Dengan syarat baki simpanan minimum berjumlah RM1,000.

 

Penutupan akaun boleh dibuat pada bila-bila masa.

 

Disertakan unjuran simpanan bagi setiap pakej :-

Ada 3 syarikat pengendali takaful. Kenapa HLMT?

 

Ya benar. Ada 3 syarikat pengendali takaful.

 

Secara asasnya, ketiga-tiga syarikat pengendali takaful ini tawarkan manfaat perlindungan yang sama. Manfaat perlindungan adalah seperti berikut :-

  • Manfaat Kematian (Biasa / Kemalangan)
  • Manfaat Keilatan Kekal (Biasa / Kemalangan)
  • Manfaat Keilatan Separa Kekal (Biasa / Kemalangan)
  • Manfaat Penyakit Kritikal
  • Manfaat Elaun Kemasukan Hospital
  • Manfaat Khairat Kematian

Kami sudah buat perbandingan bagi pakej 30,50,100,200 dan 300.

HLMT jadi pilihan kerana tawarkan amaun manfaat perlindungan takaful yang TINGGI kepada pendeposit.

Soalan : Saya nak daftar akaun SSPN Plus sekarang. Apa syaratnya?

 

Untuk buka SSPN Plus-HLMT, pendeposit mesti seorang warganegara Malaysia. Berumur 18 tahun  sehingga sebelum mencapai umur 65 tahun. 

 

Pendeposit boleh buka akaun untuk penerima manfaat. Penerima manfaat terdiri daripada anak kandung, anak jagaan yang sah dan diri sendiri sahaja. 

Jadi, pendeposit juga boleh buka untuk diri sendiri.

Soalan : Saya sudah berumur 54 tahun. Sudah ada penyakit sedia ada. Jika buka akaun SSPN Plus – HLMT ni, kena bayar lebih berbanding orang sihat dan perlu jalani pemeriksaan kesihatan?

Bayaran ikut pakej pilihan sahaja. Tiada pemeriksaan kesihatan yang perlu dilakukan.

Nota tambahan : Bagi pendeposit yang ingin buka pakej Berlian, hanya perlu jawap 3 soalan sahaja. Untuk pakej Berlian, kami sarankan pelanggan pilih Great Eastern Takaful Berhad (GETB).

 

Kalian boleh lihat perbandingan manfaat perlindungan takaful bagi setiap pakej di bawah :-

Ops!

 

Sebelum nak buka akaun, kami nak sarankan sesuatu yang penting. Kalian kena lihat panduan di bawah.

 

Ada 6 langkah mudah nak buka akaun SSPN Plus-HLMT secara online.

 

Di dalam panduan ini, ada dinyatakan butiran maklumat yang diperlukan. Boleh sediakan maklumat yang diperlukan dahulu sebelum klik butang daftar akaun.

SSPN i Plus PTPTN Logo 2

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.

Whatapps : klik sini
Faks: 03 – 2193 1263
e-Aduan: iCare

Pautan Pantas

Media Sosial

Facebook

SSPNi Plus2u