
APA ITU SIMPAN SSPN PLUS?
Simpan SSPN Plus merupakan produk PTPTN dengan komitmen bulanan. Ada 6 pilihan pakej Simpan SSPN PLUS.
Pakej serendah RM30 hingga RM500. Pakej yang mampu milik mengikut matlamat kewangan masing-masing.
Setiap pakej menawarkan 3 manfaat asas yang sama iaitu :-
- Manfaat Simpanan
- Manfaat Perlindungan Takaful
- Manfaat Pelepasan Taksiran Cukai
Maklumat setiap pakej adalah seperti gambar berikut :-
Setiap pakej dinyatakan dengan JELAS, agihan amaun simpanan SSPN dan sumbangan takaful.
Manakala manfaat perlindungan bagi setiap pakej adalah sama (tidak termasuk lain-lain manfaat).
Mulai 3 September 2021, ada 3 syarikat pengendali takaful bagi Simpan SSPN PLUS.
Senarai syarikat pengendali takaful yang dimaksudkan adalah seperti berikut :-
PAKEJ SIMPAN SSPN PLUS
Kami pasti kalian sedia maklum. Ada 6 pilihan pakej Simpan SSPN PLUS dan 3 syarikat pengendali takaful.
Suka diingatkan, manfaat simpanan dan manfaat pelepasan taksiran cukai adalah mengikut agihan simpanan setiap pakej.
Manakala manfaat perlindungan takaful mengikut tawaran dari Syarikat Pengendali takaful itu sendiri.
Setiap syarikat ada kelebihan tersendiri. Walau apa pun, kami bantu anda buat pilihan.
Jadual perbandingan bagi setiap syarikat ada disediakan. Kalian hanya perlu klik pakej pilihan.


