LAMAN SSPN PRIME

Pembukaan Akaun SSPN PRIME Secara Online

3 langkah mudah buka akaun SSPN Prime.
Pastikan
kod eksekutif PTPTN diisi untuk dapatkan slip pembukaan akaun SSPN Prime.

Kod Eksekutif PTPTN : 000009867 

Kenapa Perlu Buka Akaun SSPN Prime?

Bagi Pelajar Mohon PTPTN

Syarat wajib untuk mohon PTPTN perlu ada akaun SSPN

Pembukaan Minima RM20

Minima deposit RM20 untuk buka atau tambah SSPN Prime

Tiada Komitmen Bulanan

Simpanan yang fleksibel. Simpan pada bila-bila masa.

Dividen Kompetitif & Pelepasan Cukai

Mulakan simpan sekarang. Layak dividen dan pelepasan cukai.

Cabutan Kempen & Insentif Dari Kerajaan

Pelbagai kempen dan insentif dengan simpan dalam SSPN Prime.

APA ITU SIMPAN SSPN PRIME?

Secara am, Simpan SSPN Prime merupakan produk PTPTN tanpa komitmen bulanan. Dengan serendah RM20, kalian boleh buka akaun Simpan SSPN Prime. 

Menjadi akaun pilihan yang dibuka oleh pelajar lepasan SPM/STPM. Terutamanya yang ingin memohon pinjaman PTPTN.

Yang penting, nak mohon pinjaman PTPTN kena ada akaun Simpan SSPN.

Dalam laman ini juga, kami akan berkongsi lebih lanjut keistimewaan Simpan SSPN Prime.

Jom teruskan bacaan.

KEISTIMEWAAN SIMPAN SSPN PRIME

Menyentuh bab ini, kalian pasti sudah jelas keistimewaan asas Simpan SSPN dalam laman utama.

Akan tetapi, dalam laman ini  ada keistimewaan lain Simpan SSPN Prime. Keistimewaan yang berikan nilai tambah kepada Simpan SSPN Prime.

Apa keistimewaannya? Antaranya adalah seperti  berikut :-

  • Pelepasan Taksiran Cukai;
  • Perlindungan Takaful dan;
  • Geran Sepadan.

PELEPASAN CUKAI TAKSIRAN

Terus terang, insentif ini menjadikan Simpan SSPN suatu produk simpanan pendidikan di dalam kelas tersendiri.

Umum sedia maklum, cukai tidak boleh dielakkan. Tetapi, kita boleh mendapat pelepasan cukai bagi item yang dibenarkan oleh Kerajaan Malaysia.

    Dan warganegara yang menyimpan dalam Simpan SSPN, layak menerima pelepasan taksiran cukai ini.

    Walaubagaimanapun, ada beberapa kriteria lain perlu dipatuhi dan difahami bagi mendapat pelepasan ini.

    • Siapakah yang layak menikmati insentif ini?


    Berapakah pelepasan taksiran cukai Simpan SSPN ini?

    Jawapannya, sehingga maksimum RM8000 setahun. Berdasarkan jumlah simpanan bersih tahun semasa.

    Nota : Simpanan bersih pula adalah amaun simpanan tolak amaun pengeluaran pada tahun semasa.

    Dalam pelepasan taksiran cukai ada 2 kategori kelayakan. Kategori kelayakan adalah seperti di bawah :-

    PERLINDUNGAN TAKAFUL

    Menyimpan dalam Simpan SSPN Prime layak perlindungan takaful. Dengan syarat, pendeposit ada simpanan minimum RM1000 dalam Simpan SSPN Prime.

    Perlindungan takaful ini percuma. Tiada bayaran premium perlu dibayar.

      Manfaat perlindungan kepada pendeposit yang layak dan berumur 18 sehingga sebelum berumur 65 tahun. Manakala khairat kematian bagi penerima manfaat yang berumur 1 hari hingga 28 tahun.

      (*Layak sebelum tarikh ulang tahun kelahiran.)

        Disertakan manfaat perlindungan yang ditawarkan melalui Simpan SSPN Prime :-

        GERAN SEPADAN

        Apa itu geran sepadan?

        Geran Sepadan adalah insentif kewangan yang ditawarkan kepada pendeposit SSPN Prime.

          Pendeposit yang layak adalah seperti berikut :-

          Mulai 1 Januari 2015, pemberian Geran Sepadan layak dipertimbangkan kepada pendeposit yang mempunyai pendapatan bulanan keluarga (gaji pokok) tidak melebihi RM4,000.00 sebulan.

          Syarat-syarat Geran Sepadan pula adalah seperti berikut:-

          Geran Sepadan ini diberi ikut kadar (%) dari simpanan tahun semasa. Lagi lama menyimpan, pendeposit layak menikmati kadar dari 10% sehingga 100%.

          Wow! Bunyi macam banyak. Betulkah ada insentif sebegini?

          Ya, ada.

          Kami akan tunjukkan 2 contoh kiraan geran sepadan bagi 2 kes berbeza.

          Contoh 1 :

          Encik Siva ada seorang anak tunggal. Beliau menyimpan RM500 dalam SSPN Prime setiap tahun. Beliau juga merupakan pendeposit setia sejak 2010.

          Anak beliau mendapat tawaran belajar di IPTA pada tahun 2021. Jadi berapakah amaun geran sepadan yang layak diterima?

          Jawapannya adalah RM3,350. Boleh rujuk gambar di bawah.

          Contoh 2 :

          Puan Ayu merupakan seorang surirumah. Beliau kematian suaminya pada tahun 2019. Beliau menerima hibah atas kematian suami berjumlah RM300,000.

          Beliau menyimpan RM25,000 setiap tahun (2019 dan 2020) dalam SSPN Prime.

          Anak beliau mendapat tawaran belajar di IPTA pada tahun 2021. Jadi berapakah amaun geran sepadan yang layak diterima?

          Jawapannya RM7,600. Boleh rujuk gambar di bawah.

           

          Kembali ke laman utama. Klik sini.
          SSPN i Plus PTPTN Logo 2

          Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

          Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
          Blok D, Megan Avenue II,
          No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
          50450 Kuala Lumpur.

          Whatapps : klik sini
          Faks: 03 – 2193 1263
          e-Aduan: iCare

          Pautan Pantas

          Media Sosial

          Facebook

          SSPNi Plus2u