
SIMPAN SSPN PLUS
Cabutan WOW! Simpan SSPN Plus 2022
PTPTN sentiasa menyediakan promosi istimewa untuk menggalakkan penabungan pendidikan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Pada masa sama, sebagai penghargaan kepada pendeposit yang setia melalui cabutan-cabutan hadiah yang ditawarkan.
Pelbagai kempen dan promosi terus dipergiatkan. Bagi menyemarakkan lagi amalan penabungan, PTPTN tampil dengan Cabutan WOW! Simpan SSPN 2022. Hadiah yang ditawarkan amat menarik dan lumayan. Cabutan WOW! ini sememangnya sentiasa dinanti-nantikan oleh para pendeposit Simpan SSPN.
Sebelum ini Kempen Cabutan WOW! diadakan khas untuk pendeposit Simpan SSPN Plus sahaja. Kini buat pertama kalinya cabutan ini turut diperluaskan kepada pendeposit Simpan SSPN Prime. Inilah tanda penghargaan PTPTN kepada semua pendeposit Simpan SSPN.
Jumlah keseluruhan hadiah bernilai hampir RM1,000,000 menanti 350 orang pemenang. Terdiri daripada tiga (3) kategori iaitu Cabutan Tahunan Jubli Perak, Cabutan Siri (3 siri) dan Cabutan Khas Babyku Simpan.
Tempoh promosi bagi Cabutan Jubli Perak dan Cabutan Babyku Simpan bermula 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022. Manakala tempoh promosi bagi Cabutan Siri bermula 1 April sehingga 31 Disember 2022.
Bagi melayakkan diri menyertai kempen ini, pendeposit hanya perlu buat simpanan bersih RM50 untuk 1 cabutan.
Usaha berterusan dilakukan oleh PTPTN untuk kebaikan masyarakat Malaysia. Agar manfaat diperolehi daripada perancangan kewangan melalui produk simpanan yang diperkenalkan. Keutamaan PTPTN agar seluruh masyarakat Malaysia menjadikan Simpan SSPN sebagai produk simpanan isi rumah.
Inilah peluang kejayaan anda. Jom menyimpan dalam Simpan SSPN!
Kembali ke halaman utama. Klik sini.