
1. Apakah Simpan SSPN Plus ?
Simpan SSPN Plus (dahulunya dikenali sebagai SSPN-i Plus) merupakan produk terbaru PTPTN.
Produk terbaru PTPTN dengan kerjasama 3 syarikat pengendali takaful iaitu Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLMT), Great Eastern Takaful Berhad (GETB) dan Takaful Ikhlas Family Berhad (TIFB)
2. Adakah pelan simpanan yang ditawarkan ini patuh syariah?
Ya. Pelan simpanan adalah patuh syariah yang menggunakan konsep Wakalah Bil Istithmar bagi simpanan Simpan SSPN Plus iaitu kontrak wakil dan kontrak pelaburan.
4. Apakah keistimewaaan Simpan SSPN Plus ?
Simpan SSPN Plus mempunyai pelbagai keistimewaan iaitu:
- Produk patuh syariah;
- Pelepasan cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa (tahun taksiran) sehingga RM8,000.00 setahun. Pelepasan ini bersekali dengan produk Simpan SSPN Prime;
- Pelepasan cukai ke atas sumbangan takaful tahun semasa (tahun taksiran) sehingga RM3,000.00 setahun (bagi pekerja swasta atau penjawat awam yang memilih KWSP) atau RM7.000 setahun (bagi penjawat awam yang memilih pencen Kerajaan)
- Komitmen serendah RM 30.00 sebulan.
- Manfaat bagi kematian/ keilatan kekal( kemalangan) sehingga RM1,200,000.00 (bergantung kepada pakej dan Syarikat Pengendali Takaful)
- Tiada pemeriksaan kesihatan.
- Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan.
- Khairat kematian kepada pendeposit, pasangan dan anak. (maksimum 5 orang anak sahaja tertakluk kepada Syarikat Pengendali Takaful yang dipilih.)
- Manfaat takaful bagi 45 penyakit kritikal sehingga RM250,000. (bergantung kepada pakej dan Syarikat Pengendali Takaful yang dipilih.)
- Elaun kemasukan hospital sehingga RM250 sehari. (bergantung kepada pakej dan Syarikat Pengendali Takaful yang dipilih.)
- Layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN.
- Perlindungan 24 jam di seluruh dunia.
- Simpanan dijamin kerajaan.
5. Apakah perbezaan Simpan SSPN Plus dengan Simpan SSPN Prime sedia ada?
Dalam penyelenggaraan
6. Saya telah mempunyai akaun Simpan SSPN Prime. Adakah saya boleh buka akaun Simpan SSPN Plus?
Boleh. Pendeposit boleh buka akaun Simpan SSPN Plus tanpa perlu menutup akaun Simpan SSPN Prime.
7. Saya sudah ada akaun SSPN-i Plus. Adakah saya boleh buka akaun Simpan SSPN Plus?
Boleh. Dengan syarat, akaun yang dibuka untuk penerima manfaat yang berbeza. Penerima manfaat tersebut tidak pernah mempunyai akaun SSPN-i Plus sebelum ini.
Bagi akaun SSPN-i Plus sedia ada, ianya akan dipindahkan secara automatik ke akaun Simpan SSPN Plus di bawah syarikat pengendali takaful asal iaitu HLMT.
8. Apakah manfaat takaful yang ditawarkan dalam setiap pakej?
Manfaat takaful bagi setiap pakej adalah berbeza mengikut syarikat pengendali takaful seperti berikut :
9. Siapakah yang layak membuka akaun Simpan SSPN Plus?
Syarat bagi Pendeposit :
- Warganegara Malaysia;
- Mencapai umur 18 tahun sehingga sehari sebelum mencapai umur 69 tahun (mengikut Syarikat Pengendali Takaful (SPT) yang dipilih); dan
- Boleh membuka akaun untuk diri sendiri (sebagai penerima manfaat) tetapi tidak boleh mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan.
Syarat bagi Penerima Manfaat :
- Warganegara Malaysia;
- Hubungan dengan pendeposit hendaklah sama ada anak kandung/ anak tiri/ anak angkat; dan
- Berumur 1 hari sehingga sehari sebelum mencapai umur 29 tahun (untuk layak mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan).
10. Apakah had umur pembukaan akaun Simpan SSPN Plus mengikut syarikat pengendali takaful?
11. Adakah pelanggan perlu membuat pemeriksaan kesihatan ataupun mendapatkan laporan perubatan untuk membuka akaun Simpan SSPN Plus?
Tiada sebarang pemeriksaan kesihatan atau laporan perubatan diperlukan untuk membuka akaun.
Hanya bagi pembukaan akaun Pakej Berlian sahaja, bakal pendeposit perlu menjawab tiga (3) soalan kesihatan yang terdapat pada borang pembukaan akaun. Jika terdapat jawapan YA bagi salah satu soalan, bakal pendeposit TIDAK LAYAK menyertai Pakej Berlian dan dinasihatkan untuk menyertai pakej yang lain yang ditawarkan.
12. Berapakah bilangan akaun bagi pakej Berlian yang boleh dibuka?
Dalam penyelenggaraan
13. Apakah had umur perlindungan untuk pendeposit Simpan SSPN Plus?
Dalam penyelenggaraan
14. Apakah saluran yang disediakan untuk bayaran komitmen bulanan?
Dalam penyelenggaraan
15. Adakah bahagian simpanan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa?
Bahagian simpanan hanya boleh dikeluarkan selepas tiga (3) tahun daripada tarikh pembukaan akaun.
Selepas tempoh tiga (3) tahun tersebut, pendeposit boleh membuat pengeluaran pada bila-bila masa dengan jumlah minimum simpanan yang perlu dikekalkan dalam akaun adalah sebanyak RM1,000 (tertakluk syarat-syarat lain yang ditetapkan dari masa ke semasa).
16. Bagaimanakah kaedah pengeluaran?
Pendeposit boleh membuat pengeluaran melalui kaedah seperti berikut :
17. Apakah yang akan terjadi sekiranya pendeposit gagal membuat bayaran komitmen bulanan?
Pendeposit diberikan tempoh ihsan selama 60 hari untuk menyelesaikan tunggakan tersebut. Sekiranya tiada sebarang bayaran diterima selepas tempoh ihsan, akaun akan ditutup serta-merta.
18. Apakah yang akan berlaku sekiranya penerima manfaat meninggal dunia?
Sekiranya penerima manfaat meninggal dunia, akaun akan ditutup. Semua keistimewaan akan terbatal kecuali manfaat khairat kematian.
19. Adakah PTPTN akan memberikan apa-apa penentusahan keahlian setelah pembukaan akaun?
Tidak. Pendeposit tidak akan menerima apa-apa penentusahan keahlian daripada PTPTN.
Walau bagaimanapun, pendeposit akan menerima Sijil Takaful (Certificate Schedule) yang dihantar oleh Syarikat Pengendali Takaful (SPT) secara e-mel dalam tempoh 30 hari (sebulan) daripada tarikh pembukaan akaun
20. Apakah penyakit kritikal yang dilindungi takaful?
Dalam penyelenggaraan
21. Adakah individu boleh membuka akaun Simpan SSPN Plus jika telah sedia ada mempunyai penyakit kritikal?
Boleh. Terhad kepada pakej Intan, Delima, Topas, Zamrud dan Nilam sahaja. Selain itu, tertakluk juga kepada tempoh menunggu yang ditetapkan oleh Syarikat Pengendali Takaful (SPT) yang dipilih.
22. Apakah tempoh menunggu bagi Simpan SSPN Plus?
Dalam penyelenggaraan
23. Adakah elaun kemasukan hospital tertakluk dalam negara sahaja?
Tidak. Elaun kemasukan hospital tidak terhad dalam Malaysia sahaja.
Elaun juga layak dituntut bagi kemasukan hospital di luar negara selagi kunjungan tersebut bukan atas tujuan perubatan. Walau bagaimanapun, kemasukan hospital di Singapura dibayar bagi tujuan perubatan.
24. Adakah perlindungan diberikan kepada anggota beruniform?
Ya. Selagi anggota beruniform tidak terlibat secara langsung dalam tugasan peperangan/ rusuhan, rusuhan awam sama ada diisytihar atau tidak.
25. Pendeposit telah mempunyai akaun Simpan SSPN Plus untuk anak-anaknya. Bolehkah pendeposit membuka akaun Simpan SSPN Plus untuk diri sendiri?
Boleh. Pendeposit boleh membuka akaun untuk diri sendiri tertakluk kepada syarat pembukaan akaun yang ditetapkan.
26. Bolehkah pendeposit yang membuka akaun untuk diri sendiri, membuka lebih daripada satu akaun dengan pakej yang sama atau berlainan?
Tidak boleh. Pendeposit yang membuka akaun untuk diri sendiri hanya boleh mempunyai satu akaun sahaja.
27. Adakah penerima manfaat boleh mempunyai lebih dari satu akaun sama ada pakej yang sama atau pakej yang berlainan?
Ya. Penerima manfaat boleh mempunyai lebih dari satu akaun.
Dengan syarat akaun dibuka oleh pendeposit berbeza sama ada ibu atau bapa atau penjaga yang sah (ibu bapa tiri/ ibu bapa angkat).
28. Bagaimanakah pembukaan akaun Simpan SSPN Plus bagi anak jagaan yang sah?
Bagi pembukaan akaun bagi anak jagaan yang sah, sama ada anak angkat atau anak tiri hanya boleh dibuka di kaunter PTPTN sahaja.
Salinan dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut :
- Anak Angkat : Surat Akuan Berkanun Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atau Sijil Anak Angkat JPN
- Anak Tiri : Sijil/ Kad Nikah Ibu Bapa dan Sijil Kelahiran Anak
29. Adakah pendeposit boleh bertukar pakej akaun?
Tidak boleh. Pendeposit hendaklah menutup akaun sedia ada dan membuka akaun yang baharu dengan pakej yang hendak dipilih.
30. Adakah pendeposit akan dilindungi sekiranya terlibat dengan kemalangan yang menyebabkan keilatan / meninggal dunia jika akaun baharu dibuka dalam tempoh 24 jam?
Ya. Pendeposit akan dilindungi serta-merta bagi manfaat takaful disebabkan kemalangan.
31. Jika berlaku kematian pendeposit dan beliau mempunyai akaun Simpan SSPN Plus untuk 5 orang anaknya. Adakah waris akan menerima manfaat kematian bagi kelima-lima akaun atau bayaran manfaat hanya dibuat ke atas salah satu akaun anak yang dibuka pendeposit?
Manfaat kematian akan dibayar bagi kelima-lima akaun yang dibuka oleh pendeposit.
Contoh:
Bagi kematian biasa, sekiranya kelima-lima akaun tersebut adalah akaun Delima di bawah syarikat pengendali takaful HLMT. Jumlah keseluruhan manfaat kematian yang dibayar adalah sebanyak RM150,000 (RM30,000 x 5 akaun).
Manfaat tersebut akan dimasukkan semula ke dalam akaun masing-masing dan bayaran kepada waris akan dibuat mengikut proses penutupan
32. Siapakah yang boleh membuat tuntutan bagi kematian pendeposit?
Waris atau Penama (yang didaftar di PTPTN) boleh membuat tuntutan.
33. Apakah syarat tuntutan khairat kematian bagi pasangan atau anak?
Pasangan hendaklah memenuhi syarat berikut:
-
Hubungan adalah sah dan diiktiraf dari segi undang-undang;
-
Berumur 18 tahun sehingga sebelum mencapai had umur perlindungan 70 tahun (mengikut Syarikat Pengendali Takaful (SPT) yang dipilih);
-
Bagi tuntutan atas isteri (jika mempunyai lebih dari seorang isteri yang sah), khairat diberikan ke atas isteri yang mana meninggal dahulu.
Anak hendaklah memenuhi syarat berikut:
-
Hubungan adalah sah dan diiktiraf dari segi undang-undang;
-
Berumur 18 tahun sehingga sebelum mencapai had umur perlindungan 70 tahun (mengikut Syarikat Pengendali Takaful (SPT) yang dipilih);
-
Bagi tuntutan atas isteri (jika mempunyai lebih dari seorang isteri yang sah), khairat diberikan ke atas isteri yang mana meninggal dahulu.
34. Bagaimanakah kaedah pemulangan simpanan dan bayaran manfaat takaful dilakukan bagi kes kematian pendeposit?
Bagi kes kematian pendeposit, kaedah pemulangan simpanan dan pembayaran manfaat takaful oleh syarikat pengendali takaful adalah seperti berikut:
-
Bagi jumlah simpanan atau manfaat yang kurang daripada RM3,000 – waris hendaklah mengisi dan menandatangani Bon Tanggung Rugi serta dokumen yang berkaitan yang mengikat dari segi undang-undang; atau
-
Bagi jumlah simpanan atau manfaat takaful RM3,000 dan ke atas – Pengeluaran wang deposit dari akaun si mati bagi baki semasa simpanan berjumlah RM3,000 dan ke atas (termasuk manfaat takaful dan dividen) dengan mengemukakan dokumen asal atau salinan
- Geran Surat Kuasa Mentadbir/ Geran Probet (Petisyen di bawah Akta Probet dan Pentadbiran 1959) yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Malaya; atau
- Surat Kuasa Mentadbir yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Dan Daerah; atau
- Surat Kuasa Pentadbiran yang dikeluarkan oleh Amanah Raya Berhad, Seksyen 17 Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 (Akuan/ Arahan).
35. Berapa lamakah tempoh yang akan diambil untuk mendapat manfaat takaful yang dituntut?
Pembayaran akan dibuat dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap dan diserahkan kepada Syarikat Pengendali Takaful (SPT).
36. Adakah penyakit mental dilindungi takaful?
Tidak dilindungi
37. Adakah kematian disebabkan bunuh diri dilindungi takaful?
Tidak dilindungi
38. Adakah kematian disebabkan pengambilan dadah atau alkohol atau bahan-bahan terlarang yang berlebihan dilindungi takaful?
Tidak dilindungi
Kembali ke halaman utama. Klik sini.