SSPN-i 

Buka Akaun SSPN-i

Kalian pasti sudah puas membaca info dan memahami keistimewaan produk SSPN-i Plus. Di atas sebab-sebab tertentu, kalian ingin membuka akaun SSPN-i dahulu.

Tiada masalah.

Kalian boleh buka akaun SSPN-i di sini. Pastikan ruangan ID Ejen di isi dengan KOD “000005118”.

*Bagi pembukaan akaun untuk anak angkat di bawah jagaan yang sah, Surat Perakuan Berkanun/ Sijil Anak Angkat hendaklah disertakan bagi menikmati pelepasan taksiran cukai pendapatan dan Geran Sepadan. Pembukaan akaun untuk anak angkat digalakkan melalui kaunter cawangan PTPTN.

    Syarat Pembukaan Akaun SSPN-i

    Syarat-syarat:

    1.Pendeposit dan penerima manfaat kepada akaun SSPN-i hendaklah warganegara Malaysia;

    2.Pendeposit boleh juga membuka akaun untuk dirinya sendiri;

    3. Setiap pendeposit hanya boleh membuka satu akaun untuk setiap penerima manfaat yang sama;

    4. Penerima manfaat mestilah berumur antara 1 hari sehingga sebelum mencapai umur 29 tahun;

    5. Penerima manfaat yang telah mempunyai akaun yang dibuka oleh seseorang pendeposit boleh membuka akaun bagi dirinya sendiri atau membuka akaun untuk warganegara Malaysia yang lain. Ini bermakna seorang penerima manfaat pada masa yang sama boleh menjadi pendeposit; dan

    6. Pendeposit yang berbeza boleh membuka akaun SSPN-i bagi penerima manfaat yang sama dan tiada had bilangan akaun bagi setiap penerima manfaat.

      Kategori Had Umur Bagi Pembukaan Akaun SSPN-i

      Kategori 1:

      Akaun dibuka oleh ibu bapa/ penjaga yang sah/ warganegara Malaysia yang lain untuk penerima manfaat yang berumur 1 hari sehingga mencapai umur 29 tahun.

       

      Kategori 2:

      Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun sehingga mencapai 29 tahun mempunyai pilihan samada untuk membuka akaun individu atau menjadi penerima manfaat dimana akaun dibuka oleh ibu bapa/ penjaga yang sah/ warganegara Malaysia yang lain.

       

      Kategori 3 (Akaun Individu):

      Warganegara Malaysia yang berumur 29 tahun ke atas, perlu membuka akaun individu.

        SSPN i Plus PTPTN Logo 2

        Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

        Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
        Blok D, Megan Avenue II,
        No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
        50450 Kuala Lumpur.

        Whatapps : klik sini
        Faks: 03 – 2193 1263
        e-Aduan: iCare

        Pautan Pantas

        Media Sosial

        Facebook

        SSPNi Plus2u