SIMPAN SSPN PLUS GETB

Eh! Betul ker ada pelan simpanan dan takaful murah ni? 

Itulah soalan yang kerap kami terima.

Jawapannya YA. Memang mampu milik.

Memandangkan kalian dah sampai laman ini, kami tak nak buang masa kalian.

Kami dari tim SIMPAN SSPN. Nak bantu kalian faham dan daftar pelan simpanan dan takaful ini.

Jadi, apa itu SSPN Plus – GETB?

SSPN Plus adalah pelan simpanan dan perlindungan takaful dengan komitmen bulanan.

SSPN Plus juga simpanan dijamin kerajaan.

SSPN Plus ada 6 pakej.

Setiap pakej dinyatakan dengan JELAS amaun simpanan dan sumbangan takaful.

Nak Tahu Perbezaan SSPN Prime Dengan SSPN Plus? Baca di sini

GETB pula adalah syarikat pengendali takaful.

Nama penuhnya Great Eastern Takaful Berhad.

Jom kita lihat maklumat pakej SSPN Plus dulu.

Nota : Boleh klik setiap gambar dalam laman ini untuk paparan lebih jelas. 

Manfaat Simpanan

Tadi ada sebut simpanan kan. Adakah simpanan ini boleh dikeluarkan?

Ya boleh.

Pengeluaran boleh dibuat. Ada syaratnya.

Iaitu selepas 3 tahun dari tarikh buka akaun dan baki simpanan minimum berjumlah RM1,000.

Manakala penutupan akaun boleh dibuat pada bila-bila masa.

Disertakan unjuran simpanan bagi setiap pakej SSPN Plus (dengan andaian dividen 3.99%):-

Manfaat Perlindungan

3 syarikat pengendali takaful bagi SSPN Plus iaitu :-

  • Hong Leong MISG Takaful
  • Great Eastern Takaful Berhad
  • Takaful Ikhlas Berhad.

Secara asasnya, ketiga-tiga syarikat pengendali takaful ini tawarkan manfaat perlindungan yang sama. Manfaat perlindungan adalah seperti berikut :-

  • Manfaat Kematian (Biasa / Kemalangan)
  • Manfaat Keilatan Kekal (Biasa / Kemalangan)
  • Manfaat Keilatan Separa Kekal (Biasa / Kemalangan)
  • Manfaat 36 Penyakit Kritikal
  • Manfaat Elaun Kemasukan Hospital
  • Manfaat Khairat Kematian (Pendeposit, Pasangan Pendeposit & 3 orang anak)

Kami sudah buat perbandingan bagi pakej 30,50,100,200 dan 300.

Jadi, kenapa GETB?

GETB jadi pilihan kerana tawarkan tambahan manfaat perlindungan takaful kepada pendeposit.

Ada 5 tambahan manfaat perlindungan takaful yang ditawarkan GETB.

Kami senaraikan 5 tambahan manfaat perlindungan takaful tersebut :-

  • 3x Ganda Pampasan Untuk Kemalangan di Luar Negara.
  • Manfaat 45 Penyakit Kritikal (Tambahan lagi 9 jenis penyakit kritikal)
  • Manfaat Khairat Kematian (Sehingga 5 orang anak
  • Manfaat Penyakit Terminal (Tambahan RM12,500 hingga RM200,000)
  • Manfaat Elaun Pemulangan Jenazah untuk pakej Berlian.

Saya nak daftar akaun SSPN Plus. Apa lagi saya perlu tahu?

Nak buka SSPN Plus-GETB ada syaratnya.

Pendeposit mesti seorang warganegara Malaysia. Berumur 16 tahun  sehingga sebelum mencapai umur 65 tahun.

Pendeposit kena buka akaun untuk penerima manfaat. Penerima manfaat terdiri daripada anak kandung, anak jagaan yang sah atau diri sendiri sahaja.

Pendeposit juga boleh buka untuk diri sendiri.

Pendeposit SSPN Plus hanya perlu bayar ikut amaun pakej sahaja.

Tiada amaun tambahan dikenakan sekiranya pendeposit :-

  • Seorang perokok atau
  • Mempunyai penyakit sedia ada atau
  • Sudah berusia atau
  • Merupakan individu yang ada ketiga-tiga ciri di atas.

Tiada pemeriksaan kesihatan juga perlu dilakukan.

Cabutan WOW SSPN Plus

Dan sempena 25 Tahun PTPTN, ada Cabutan WOW! Simpan SSPN 2023.

Hadiah pun lumayan. Jumlah keseluruhan hadiah bernilai lebih RM250,000. Untuk 350 pemenang.

Pendeposit layak 1 cabutan bagi setiap simpanan bersih RM50.

Untung sabut timbul. Untung buka akaun SSPN Plus, ada peluang menang Cabutan WOW!

Info penuh Cabutan WOW 2023. Baca di sini

Ops!

Sebelum nak buka akaun, kami nak sarankan sesuatu yang penting. Kalian kena lihat panduan berikutnya.

Ada panduan 6 langkah mudah nak buka akaun SSPN Plus-GETB secara online.

Di dalam panduan ini, ada dinyatakan butiran maklumat yang diperlukan.

Boleh sediakan maklumat yang diperlukan dahulu, sebelum klik butang daftar akaun di bawah.

NOTA :

1) Pembukaan Akaun SSPN Plus secara online memerlukan pelanggan : –

– Deposit 6 bulan mengikut pakej pilihan ATAU

– Deposit 2 bulan dan pilih  potongan direct debit (Rujuk Langkah 5 – Kaedah Potongan).

2) Sekiranya buka akaun guna aplikasi MyPTPTN, mohon pelanggan kunci masuk Kod Eksekutif Pemasaran : 000009867

Masih ada masalah/pertanyaan untuk buka akaun? Kalian boleh w.app kami segera. (Butang W.app Pegawai ada di bawah)

6 Langkah Mudah Buka Akaun SSPN Plus Secara Online

SSPN i Plus PTPTN Logo 2

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.

Whatapps : klik sini
Faks: 03 – 2193 1263
e-Aduan: iCare

Pautan Pantas

Media Sosial

Facebook

SSPNi Plus2u