
TUNTUAN TAKAFUL SIMPAN SSPN PLUS
Dalam halaman ini, kami kongsikan kaedah tuntutan takaful Simpan SSPN Plus. Kelulusan tuntutan takaful bergantung kepada 2 perkara iaitu :-
- Tempoh Menunggu Tuntutan Takaful. Boleh rujuk sini dan;
- Dokumen Tuntutan Takaful Adalah Lengkap.
Langkah-Langkah Tuntutan Takaful :
1) Muat turun dan lengkapkan Borang Permohonan Tuntutan Takaful. Di dalam borang ini, ada 7 jenis permohonan tuntutan. Pilih jenis tuntutan yang ingin dibuat.
Pastikan gunapakai borang Syarikat Pengendali Takaful yang dipilih. Pastikan juga dokumen sokongan bagi setiap tuntutan disertakan bersama.
- Kes Kematian
- Kes Keilatan
- Kes Penyakit Kritikal/Penyakit Terminal
- Kes Elaun Hospital
- Kes Khairat Kematian Pasangan/Anak
- Kes Rawatan Pesakit Luar
- Kes Penghantaran Jenazah
2) Borang tambahan bagi kes dibawah perlu dilengkapkan bagi tuntutan berikut:
- Kematian Pendeposit.
- Ilat kekal dan sebahagian (Partial And Permanent Disability (PPD)).
- Ilat kekal dan menyeluruh (Total And Permanent Disability (TPD)).
- 36 penyakit kritikal (36 critical illness) (mengikut jenis penyakit).
3) Borang Permohonan Tuntutan Takaful dan dokumen yang berkaitan sudah lengkap? Kalian boleh buat serahan ke mana-mana Pejabat PTPTN Negeri atau Pejabat PTPTN Cawangan.
Kembali ke halaman utama. Klik sini.